Wednesday, March 2, 2016

Maksud Ganjaran di dalam Bahasa Melayu

Maksud Ganjaran di dalam Bahasa Melayu


Perkataan Ganjaran memiliki beberapa makna di dalam Bahasa Melayu. Antaranya ialah:

 ~ sesuatu yang diberikan atau yang diterima sebagai tanda telah berjasa. (balas budi)[POSITIF]

~ sesuatu yang diberikan atau yang diterima sebagai balasan perbuatan jahat (balas perbuatan jahat) [NEGATIF]

~ hadiah (untuk perbuatan baik) 

~ bonus

~ balasan 

~ pahala = ganjaran daripada Tuhan [POSITIF]

~ gratuiti = hadiah penghargaan.


Screenshot daripada Laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu pada 2 Mac 2016. Pautan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ganjaran 

Ganjaran Berbentuk Positif & Negatif


Secara umumnya, ganjaran adalah balasan yang dapat dibahagikan maksudnya kepada dua, iaitu balasan baik dan juga balasan jahat. Ini bermakna, di dalam kajian berkenaan ganjaran atau sistem ganjaran yang digunapakai di dalam kehidupan Nabi Muhammad, kita tidak dapat mengelak daripada memberikan makna bahawa ganjaran adalah sesuatu yang positif dan negatif. 

Hal ini sedikit berbeza jika dinilai pada kata dasar di dalam Bahasa Arab. Saya akan mengulas lebih lanjut berkenaan hal ini sedikit masa lagi. 


No comments:

Post a Comment